Yamaha Kedah ( Yamada )
Yamaha Kedah ( Yamada )
Yamaha Kedah ( Yamada )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


we stand TOGETHER ; we ride FOREVER..we are ONE!!
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Waktu Semasa

November 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 
CalendarCalendar
Latest topics
» NO. ID YAMADA!!
Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeSat Sep 27, 2014 1:32 pm by shazni

» salam perkenalan
Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeThu Sep 18, 2014 2:21 am by frid_ymhrdrss

» MERDEKA RIDE 2014!!
Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeWed Aug 20, 2014 10:29 am by Nur Sahira

» TENTANG BERFORUMS
Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeSun Jul 20, 2014 5:00 pm by ADMIN

» Sembang2 Pasal Rxz Anda
Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeSun Apr 06, 2014 6:34 pm by suhaimi_sujipto

» NO. TELEFON RAKAN YAMADA
Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeSun Apr 06, 2014 6:30 pm by suhaimi_sujipto

» Nk Kenal-2 JE
Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeSat Apr 05, 2014 6:01 pm by ana_96

» KEDAH ROAD TOUR 2014!!
Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeMon Jan 20, 2014 6:02 am by Alynn Zulkepli

» UNDIAN JENTERA ANDA!!
Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeThu Jan 09, 2014 10:18 am by apek-rxz

Top posters
ADMIN
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcapSembang2 pasal 125z Anda I_voting_barSembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap 
Shiro
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcapSembang2 pasal 125z Anda I_voting_barSembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap 
jie
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcapSembang2 pasal 125z Anda I_voting_barSembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap 
Hafizi Murad
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcapSembang2 pasal 125z Anda I_voting_barSembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap 
Matt Farren
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcapSembang2 pasal 125z Anda I_voting_barSembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap 
BoolartBoojowr
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcapSembang2 pasal 125z Anda I_voting_barSembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap 
fifi fairuz fuyoo
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcapSembang2 pasal 125z Anda I_voting_barSembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap 
Iman125z
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcapSembang2 pasal 125z Anda I_voting_barSembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap 
iquwan ramli
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcapSembang2 pasal 125z Anda I_voting_barSembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap 
najmi8043merah
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcapSembang2 pasal 125z Anda I_voting_barSembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap 
Poll
UNDIAN JENTERA ANDA!!
RXZ
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcap22%Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap
 22% [ 26 ]
LC135
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcap13%Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap
 13% [ 15 ]
125Z
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcap53%Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap
 53% [ 61 ]
FZ150
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcap1%Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap
 1% [ 1 ]
LAGENDA
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcap7%Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap
 7% [ 8 ]
EGO
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcap1%Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap
 1% [ 1 ]
NOUVO
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcap1%Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap
 1% [ 1 ]
YAMAHA RETRO
Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_lcap3%Sembang2 pasal 125z Anda I_vote_rcap
 3% [ 3 ]
Total Votes : 116

 

 Sembang2 pasal 125z Anda

Go down 
+2
ADMIN
Shiro
6 posters
AuthorMessage
Shiro

Shiro


Posts : 71
Join date : 08/03/2012
Age : 35
Location : Kangar PERLIS

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeMon Mar 12, 2012 10:26 am

Sembang2 pasal 125z Anda Y125zr10
Mai2 kita kongsi2 maklumat pasal tupai2 kita..
mai2..

sokalan pertama..

Kenapa tupai saya xlaju?..
pulaih abeh dapat 180 ja..
camna nak wat bagi lagi laju?..
drunken drunken


Last edited by Shiro on Mon Mar 12, 2012 10:47 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
ADMIN
YAMAHA KEDAH RIDERS
YAMAHA KEDAH RIDERS
ADMIN


Posts : 131
Join date : 21/04/2011
Age : 34
Location : Kota Star

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeMon Mar 12, 2012 10:36 am

Shiro wrote:
Mai2 kita kongsi2 maklumat pasal tupai2 kita..
mai2..

sokalan pertama..

Kenapa tupai saya xlaju?..
pulaih abeh dapat 180 ja..
camna nak wat bagi lagi laju?..
drunken drunken

2 bru pulaih sbelah kanan..
abam try pulas dua2 belah..comfirm lajuu bak ang!!
Very Happy Very Happy Very Happy
Back to top Go down
https://yamada2u.forumms.net
Shiro

Shiro


Posts : 71
Join date : 08/03/2012
Age : 35
Location : Kangar PERLIS

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeMon Mar 12, 2012 10:48 am

Wow..betol jugak tu..
Dengan pantas nak p try..
bounce bounce bounce
Back to top Go down
Shiro

Shiro


Posts : 71
Join date : 08/03/2012
Age : 35
Location : Kangar PERLIS

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeMon Mar 12, 2012 2:20 pm

Sedikit Ilmu Tentang 125Z Yang ingin saya kongsikan..
di COPY dari Kelab125zmalaysia..
Mari tambah ilmu..
Very Happy Very Happy Very Happy

BLOK ENJIN

Silinder enjin 2 lejang berbeza dengan enjin 4 lejang. Silinder blok 2 lejang merupakan nadi sebenar untuk kuasa. Rekabentuknya berubah mengikut keperluan kuasa motosikal. Silinder 4 lejang sekadar penentu isipadu yang dikehendaki. ( Luas Permukaan X Jarak Lejang = Isipadu @ CC )

Silinder mempunyai sejukkan udara dan sejukkan cecair. Rekabentuk sejukkan udara bersirip besar serta lebar di sekeliling silinder. Udara mengalir melalui celah-celah sirip membawa keluar haba panas dari silinder. Suhu dalam silinder menjadi rendah dan terkawal. Kos baikpulih silinder ini lebih murah tetapi kurang tahap ketahanan disebabkan sistem penyejukkan yang kurang efektif dan tidak konsisten.

Silinder sejukkan cecair bergantung penuh terhadap radiator sebagai alat penyejuk cecair. Jangka hayat silinder ini lebih panjang berbanding sejukkan udara. Sistem penyejukkannya lebih efektif dan memberikan prestasi paling maksimum. Silinder sejukkan cecair mempunyai ruang- ruang rongga di sekeliling untuk membenarkan cecair sejuk melaluinya dan dalam masa yang sama cecair yang sudah panas keluar menuju ke radiator untuk disejukkan kembali.

Silinder enjin 2 lejang memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi motorsikal. Terdapat 4 bahagian utama dalam silinder:

Lubang kemasukan (Intake port)
Lubang penghantar (Transfer port)
Lubang penyeburan (Scavenge port)
Lubang ekzos (Exhaust port)

Lubang kemasukan
Enjin 2 lejang mengunakan injap reed untuk mengawal masuk bahan bakar dari karburator. Lubang kemasukan akan menerima bahan bakar dahulu. Kemudian disimpan pada bahagian kotak engkol.

Lubang penghantar
Piston turun kebawah, bahan bakar di bahagian kotak engkol akan tertolak masuk ke lubang penghantar yang terdapat di kedua-dua belah bahagian silinder. Kedua-dua lubang itu mempunyai saiz berbeza bagi mengubah halaju kemasukan bahan bakar.

Lubang penyebur
Tekanan piston tadi menyebabkan kelajuan bahan bakar terus meningkat. Lubang penyebur di dinding silinder mula terbuka, bahan bakar masuk dengan laju ke dalam ruang silinder dan memenuhinya sebelum piston naik semula ke atas dan kembali menutup lubang penyebur itu.

Lubang ekzos
Piston naik ke atas dan bahan bakar dimampat .Nyalaan dan letupan menghasilkan kuasa tujahan. Piston ditolak turun sehingga lubang ekzos terbuka. Asap dari pembakaran itu akan dikeluarkan melalui lubang ekzos dan proses berikutnya bermula semula.

Kesemua lubang ini mempunyai peranan berbeza dan bergabung untuk dinamakan sebagai blok silinder enjin 2 lejang. Modifikasi ringkas atau penuh, kesemua lubang ini di ubah saiznya dan setiap bahagian akan menghasilkan corak kuasa yang berbeza-beza. anda dinasihatkan berhati-hati untuk mengubahnya kerana jika tersilap kemungkinan silinder itu tidak berguna lagi.

Sembang2 pasal 125z Anda Transfer_port


******************************************************************************************************************************


Peta Silinder Blok Enjin 2 Lejang

Bagaimana rupa serta kedudukan silinder dalam keadaan hamparan atau dipanggil peta silinder blok. Tujuan kita guna peta ini adalah untuk mendapatkan ukuran atau saiz yang tepat bagi setiap lubang yang terdapat pada silinder blok. Corak kuasa motosikal dapat dikenal pasti sebelum modifikasi. Jika anda ingin mencuba mendapatkan peta silinder, ikuti langkah ini dengan menyediakan dahulu kertas putih, pita pelekat dan juga sebatang pensil sahaja:

1. Dapatkan silinder blok enjin 2 lejang yang anda ingin modifikasi,
2. Gulung kertas putih dan masukkan ke dalam silinder blok,
3. pastikan kertas melekat ke dinding silinder,
4. Tampal dengan pita pelekat supaya tidak bergerak,
5. Guris guna pensil pada setiap lubang yang di silinder blok,
6. Tandakan jarak antara bahagian atas dan bawah slinder blok tersebut,
7. Warna pensil akan membentuk perbezaan warna antara lubang dan dinding silinder,
8. Siap keluarkan kertas dan buka dalam bentuk hamparan,
9. Tekap pada kertas putih lain untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna.
10. Inilah peta silinder blok enjin 2 lejang.

Sembang2 pasal 125z Anda Peta_silinder

Sembang2 pasal 125z Anda Guna_pensil

Bagi menghasilkan corak kuasa yang kehendaki kita perlu tahu peranan sebenar setiap lubang tersebut. Hasil daripada peta silinder yang kita buat tadi, kita akan dapati lubang penyembur dengan lubang ekzos adalah sebaris tetapi saiznya berbeza sahaja.

Terdapat beberapa lagi lubang di dalam kategori lubang penyembur (scavenge port) selain dari lubang ekzos yang dinamakan:

1. 2 lubang Penyembur Utama, (Main Port)
2. 2 lubang Penyembur Bantuan, (Auxiliary Port)
3. 1 lubang Penyembur Pelonjak. (Booster Port)

Sembang2 pasal 125z Anda Aliran_disilinder

Lubang pelonjak bertentangan dengan lubang ekzos. Terdapat lubang utama dan bantuan di kiri kanan silinder blok tersebut. Secara ringkasnya lubang-lubang ini berfungsi seperti:

2 lubang penyembur utama
- Salur menyembur bahan bakar secara melintang ke dalam silinder blok apabila permukaan kepala piston turun kebawah melintasi lubang penyembur utama. Keadaan ini menyebabkan asap hasil dari pembakaran akan tertolak keluar bermula dari permukaan atas piston.

2 Lubang penyembur bantuan
- Salur menyembur ke bahagian atas silinder blok pada sudut 45 darjah dari keadaan melintang. Semburan ke arah bertentangan dengan lubang ekzos untuk memastikan semua asap keluar dari silinder blok.

1 Lubang penyembur pelonjak
- Salur ini memberikan lebih kekuatan untuk bahan bakar menolak asap yang terkumpul dibahagian atas kepala silinder keluar ke lubang ekzos untuk memastikan kesemua asap hasil dari pembakaran keluar sepenuhnya.

Sistem 2,2,1 ini memberikan kuasa yang hebat untuk motorsikal anda. Masa bukaan setiap lubang penyembur turut mempengaruhi corak kuasa motosikal anda. Anda boleh memilih untuk:

Lubang utama terbuka dahulu, diikuti dengan lubang bantuan dan pelonjak.
Lubang pelonjak dahulu dan diikuti lubang bantuan dan utama.
Atau memilih semua lubang terbuka serentak.
Hasilnya corak kuasa motosikal anda akan berbeza. Selain dari lubang penyembur dan lubang ekzos terdapat lubang kemasukan yang terletak dibahagian bawah jika diambil kira lubang ekzos terletak dibahagian atas. Berperanan membawa masuk bahan bakar untuk proses pembakaran.



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



HEAD

Perkara terpenting kepala silinder adalah rekabentuk kawah pembakaran yang betul kerana mampu menghasilkan pembakaran sempurna pada masa yang sama tidak mengalami kepanasan melampau. Faktor yang diambil kira dalam merekabentuk kawah pembakaran ialah:

1. Isipadu kawah pembakaran,
2. Sudut "squish band",
3. Rupa bentuk kawah pembakaran,
4. Sudut percampuran antara kawah dan "squish band",
5. Lebar "squish band".

Sembang2 pasal 125z Anda Squishband_area

Sembang2 pasal 125z Anda 1a

Rekabentuk kawah pembakaran dan "squish band" bertujuan untuk mengurangkan serta menghilangkan keadaan dimana berlakunya proses pembakaran dua kali atau pembakaran pada masa yang tidak sepatutnya. Contohnya, piston sudah mencapai tahap nyalaan tetapi pembakaran dalam ruang pembakaran telah berlaku sekali lagi.

Ini dinamakan "Detonation". Kesan dari "Detonation" dapat dilihat pada permukaan atas dan tepi sesebuah piston. Piston boleh berlubang dan dinding piston mengalami kesan calar akibat dari pembakaran tidak sempurna. "Detonation" antara penyebab utama kegagalan mendapatkan penyelarasan serta ketahanan motosikal pada tahap paling optimum.

Faktor jarak dari permukaan atas piston semasa tahap piston teratas atau "Top Dead Center" dengan permukaan bahagian dalam kepala silinder perlu dikira. Jika rekabentuk mempunyai 5 ciri diatas, belum tentu selamat tanpa jarak yang tepat kerana "Detonation" masih boleh berlaku. Ukuran utama ialah jarak permukaan "squish band" dengan permukaan atas piston di "top dead center".

2 perkara mempengaruhi jarak tersebut iaitu jenis petrol yang digunakan dan isipadu silinder blok motosikal. Contohnya, jika isipadu silinder diantara 100cc hingga 125cc, jarak paling sesuai digunakan diantara 0.8mm hingga 0.9mm untuk petrol tetapi jenis AVGas pula jarak sesuai digunakan 0.7mm hingga 0.8mm. Jika isipadu silinder lebih besar, jarak antara permukaan ini turut berubah dan boleh mencapai diantara jarak 1.2mm sehingga 1.4mm.

Rekabentuk kawah pembakaran tidak sama bagi setiap kategori motosikal. Kenapa?, kerana berkait rapat dengan jenis banjaran kuasa yang dikehendaki oleh pemilik atau pelumba. Motosikal perlumbaan litar memerlukan banjaran kuasa enjin yang kuat dari tahap pertengahan sehingga ke tahap paling maksimun tetapi motorcross atau enduro memerlukan kuasa pada tahap rendah ke tahap pertengahan. Motosikal yang mempunyai banjaran kuasa kuat pada peringkat awal sehingga pertengahan senang ditunggang.

Perbezaan paling ketara boleh kita ukur pada kawah pembakaran adalah pada jumlah lebar "squish band", dimana banjaran kuasa yang tinggi memiliki lebar "squish band" yang kurang dari jumlah luas kawah pembakaran atau lubang bulat ditengah kawah. Begitulah sebaliknya, banjaran kuasa enjin yang kuat dipertengahan biasanya memiliki ruang pembakaran yang lebih kecil atau sama, berbanding dengan jumlah lebar "squish band'. Ini bukan bererti hanya melakukan ubahsuai pada ruang kepala silinder sudah mencukupi, tapi anda harus ingat selain lebar "squish band", isipadu kawah pembakaran juga turut mempengaruhi prestasi keseluruhan motosikal.

Rekabentuk ruang pembakaran ini merupakan salah satu kombinasi dengan bahagian-bahagian lain seperti ekzos dan juga blok silinder untuk mendapatkan penyelarasan serta kuasa yang paling optimun pada motosikal anda.

Sembang2 pasal 125z Anda Nampak_sama_sahaja_tapi_sangat_berbeza_berbeza


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Nisbah Mampatan Antara Kepala dan Blok Silinder

Kepala silinder mempunyai rekabentuk yang berbeza untuk mempengaruhi suhu serta pembakaran yang optimum. Blok silinder memastikan aliran masuk bahan bakar pada kadar yang maksima mengikut corak aliran yang dipilih untuk menghasilkan banjaran kuasa yang sesuai dengan strategi penunggang itu sendiri.

Konsep nisbah mampatan, mungkin kita tahu nisbah mampatan yang tinggi akan memberikan prestasi yang hebat. Tetapi nisbah mampatan kita terlampau tinggi atau tidak sesuai, boleh menyebabkan kerosakan pada enjin motosikal dan juga masalah “detonation” iaitu pra-pembakaran.

Bagi mencapai tahap nisbah mampatan yang tinggi, harus menggunakan petrol yang kaya dengan kandungan oktana serta pengurusan elektronik enjin yang betul serta tepat.

Sembang2 pasal 125z Anda Nisbah_mampatan
Asas matematik, untuk mengira nisbah mampatan adalah:

1. Dapatkan kandungan silinder dengan mengukur dari kedudukan terbawah piston (BDC) sehingga kedudukan tertinggi piston (TDC) dan namakannya sebagai Isipadu silinder.
2. Dapatkan jumlah kandungan kepala silinder, anda boleh mengukur mengunakan “buret” dan namakannya sebagai Isipadu Kawah Pembakaran.
Hasilnya:

Nisbah Mampatan = Isipadu silinder / Isipadu Kawah Pembakaran.

Contohnya: Nisbah Mampatan = 135cc / 12 cc = 11.25 cc
Nisbah Mampatan = 11.25 : 1

Ini adalah asas pengiraan, jika tidak diambil kira tebal gasket. Pengiraan akan menjadi lebih teliti, mereka yang ada kepentingan dalam sesuatu perlumbaan akan menitik beratkan faktor ini.

Setiap kali kita menukar piston yang saiznya lebih besar atau conrod yang lebih panjang serta pendek, nisbah mampatan dan prestasi motosikal turut berubah sama. Bergantung kepada tahap pemahaman serta kemahiran anda dalam mengubahsuai motosikal. Tetapi jika anda menukar piston saiz dan jenis yang sama, nisbah mampatan yang ada sekarang tidak berubah kecuali permukaan serta kedudukan pin piston berlainan dari asal.

Jangan anda cuba mengubahsuai kepala silinder atau blok silinder sesuka hati, dapatkan dahulu maklumat tentang nisbah mampatan yang dikehendaki, kemudian ukur serta sukat dengan teliti mengunakan formula matematik yang anda telah pelajari di sekolah. Jika anda tidak mahu pening kepala berikan saja kepada mekanik yang sudah berpengalaman melakukannya.



P/s: Disini ak cuma bagi info....kalo korang bertnya....ak akn jawab sekdar apa yang ak tahu....cuma kalo part2 yg susah tue...maaf ak x dpt nak jawab..

Hope otai2 dapat membantu yer...

###sekadar Info Bersama###
Back to top Go down
jie

jie


Posts : 65
Join date : 09/03/2012
Age : 32
Location : Aaraw

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeWed Mar 14, 2012 6:20 am

Shiro wrote:
Wow..betol jugak tu..
Dengan pantas nak p try..
bounce bounce bounce

sya 120 pown pyah dpt..
Sad Sad Sad
Back to top Go down
Shiro

Shiro


Posts : 71
Join date : 08/03/2012
Age : 35
Location : Kangar PERLIS

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeWed Mar 14, 2012 12:40 pm

haha..tu kat atas byk info yg berguna..
baca dan fahami sedalam dalamnya..
Wink Wink Wink
Back to top Go down
jie

jie


Posts : 65
Join date : 09/03/2012
Age : 32
Location : Aaraw

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeMon Mar 19, 2012 3:38 am

Shiro wrote:
haha..tu kat atas byk info yg berguna..
baca dan fahami sedalam dalamnya..
Wink Wink Wink

sdang mmbca....
byk sngg0h info2 bernass.
Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy
Back to top Go down
Shiro

Shiro


Posts : 71
Join date : 08/03/2012
Age : 35
Location : Kangar PERLIS

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeMon Mar 26, 2012 7:21 am

ok la to..
(aku sndiri baca haram tak paham.. drunken )
scratch scratch scratch
Back to top Go down
jie

jie


Posts : 65
Join date : 09/03/2012
Age : 32
Location : Aaraw

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeMon Apr 16, 2012 5:20 am

Shiro wrote:
ok la to..
(aku sndiri baca haram tak paham.. drunken )
scratch scratch scratch

aq sbenaqnya xpham jgk.. huhu..
Razz Razz Razz
Back to top Go down
ADMIN
YAMAHA KEDAH RIDERS
YAMAHA KEDAH RIDERS
ADMIN


Posts : 131
Join date : 21/04/2011
Age : 34
Location : Kota Star

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeThu Apr 19, 2012 7:35 pm

jie wrote:
Shiro wrote:
ok la to..
(aku sndiri baca haram tak paham.. drunken )
scratch scratch scratch

aq sbenaqnya xpham jgk.. huhu..
Razz Razz Razz

looo..korang nie..aku ingatkan ampa paham dahh..
boleh gakk antar mesin kat ampa..CEHHH!!!
Back to top Go down
https://yamada2u.forumms.net
Shiro

Shiro


Posts : 71
Join date : 08/03/2012
Age : 35
Location : Kangar PERLIS

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeMon May 21, 2012 7:07 am

boleh aih..takat nak bukak kami boleh buat aih angah..
nak pasang balik tu yg fail..
miahahahha

Laughing Laughing Laughing
Back to top Go down
Iman125z

Iman125z


Posts : 10
Join date : 07/01/2013
Age : 29
Location : Taiping ,Perak

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeMon Jan 07, 2013 7:29 pm

CDI 125 yg warne oren tu elok ke ekk ?? made in thailand
Back to top Go down
Iman125z

Iman125z


Posts : 10
Join date : 07/01/2013
Age : 29
Location : Taiping ,Perak

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeMon Jan 07, 2013 7:33 pm

[quote="angahYAMADA"]
Shiro wrote:
Mai2 kita kongsi2 maklumat pasal tupai2 kita..
mai2..

sokalan pertama..

Kenapa tupai saya xlaju?..
pulaih abeh dapat 180 ja..
camna nak wat bagi lagi laju?..
drunken drunken

2 bru pulaih sbelah kanan..
abam try pulas dua2 belah..comfirm lajuu bak ang!!
Very Happy Very Happy Very Happy [/q

pakai 2 piston Very Happy geek
Back to top Go down
Shiro

Shiro


Posts : 71
Join date : 08/03/2012
Age : 35
Location : Kangar PERLIS

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeSat Jan 12, 2013 4:12 pm

Iman125z wrote:
CDI 125 yg warne oren tu elok ke ekk ?? made in thailand

CDI oren?..UMA RACING ke?..
kan kan kan..uma racing kan..kan kan kan..uma racing kan kan..

Razz Razz
Back to top Go down
Matt Farren

Matt Farren


Posts : 31
Join date : 26/02/2013
Age : 37
Location : Kuala Lumpur

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeThu Feb 28, 2013 8:45 am

untunglah moto depa laju2.. What a Face What a Face What a Face
Back to top Go down
muhamad shabudin




Posts : 5
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : aloq stuck

Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitimeThu Feb 28, 2013 6:25 pm

untong la depa ada 125

lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol!
Back to top Go down
Sponsored content





Sembang2 pasal 125z Anda Empty
PostSubject: Re: Sembang2 pasal 125z Anda   Sembang2 pasal 125z Anda I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Sembang2 pasal 125z Anda
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sembang2 Pasal Rxz Anda
» Sembang2 Pasal LC135 Anda
» UNDIAN JENTERA ANDA!!
» YAMAHA MENJANA IMPIAN ANDA!!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Yamaha Kedah ( Yamada ) :: BENGKEL :: Bengkel Yamada-
Jump to: